Monday, 7 May 2012

Gengsterisme di sekolah perlu dilihat secara holistik



Sejak kebelakangan ini, masyarakat sentiasa membincangkan tentang generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh menjajaskan keutuhan struktur masyarakat di negara kita. Masalah aktiviti-aktiviti sosial yang ditimbul ialah masalah gengsterisme. Ibu bapa semakin mengambil berat tentang masalah ini kerana aktiviti gengsterisme semakin berleluasan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Pada masa kini, sekolah telah menimbulkan satu suasana yang tidak selamat. Oleh itu, pelajar-pelajar dan ibu bapa tidak dapat meyakinkan kepada displin sekolah. Mereka sangat merisaukan keselamatan mereka semasa anak-anak mereka belajar di sekolah. Serata dunia juga menghadapi masalah kes displin pelajar-pelajar.

Maksud gengsterisme ialah sekumpulan orang yang melanggar moral masyarakat. Mereka akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan ini juga dikenali kumpulan yang bertingkah laku devian. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali oleh delinkuen. Kumpulan gengsterisme juga akan dipanggil samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Pada masa kini, keadaan gengsterisme telah bertambah serius kerana didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah terlibat dalam gejala gengsterisme. Aktiviti yang akan dilakukan oleh gengsterisme ialah kekasaran terhadap guru, pihak pengurusan sekolah dan kes-kes keganasan. Antara kes-kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut barang kemas atau wang, berbahasa kasar dan menakut-nakutkan serta memukul pelajar.


   Golongan remaja senang terdedah dalam keadaan persekitarannya. Jika kita dapat memenuhi keperluan mereka seperti memberi keseronokan, mereka akan memasukkan kumpulan kongsi gelap tersebut. Kumpulan gengster ialah satu kumpulan orang yang membuat tindakan-tindakan yang ganas dalam bercorak anti sosial. Hubungan mereka menjadi lebih erat dan kukuh berbanding pada mulanya tidak sehaluan. Mereka sangat mementingkan semangat setia kawan dan mengamalkan tradisi kumpulan. Golongan remaja akan mengubah spesifik geng mengikut keadaan semasa dan tempat. Ahli-ahli akan memberikan sokongan yang tidak berbelah kepada satu sama lain. Mereka akan memahami matlamat serta tanggungjawab masing-masing. Ketua kongsi gelap akan pengambilan ahli baru yang berterusan terutama di sekolah.


  Kita harus mengambil tindakan yang sewajar untuk mengatasi masalah gengsterisme. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa harus mengetahui aktiviti yang disertai oleh anak-anak mereka dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Ibu bapa juga harus mengeluarkan masa untuk bersembang dengan anak-anaknya untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutamanya pelajar yang bermasalah disiplin atau disyaki terlibat dalam kegiatan gengsterisme. Kem atau program tertentu boleh diadakan untuk memerhati kegiatan pelajar berisiko. Selain itu, undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan mempu menyedarkan pelajar supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan gengsterisme lagi.


   Kesimpulannya, kita tidak harus menyalahkan dan menunding jari orang lain semasa berlaku masalah gengsterisme. Sebaliknya, kita harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini. Ini adalah tanggunjawab kita semua. Golongan remaja juga mesti menyayangi diri sendiri dan tidak melibatkan diri dalam masalah  

Sunday, 6 May 2012

Kes culik- Nayati Moodliar

Nayati bebas selepas tujuh hari diculik 

NAYATI Shamelin Moodliar bersama Mohamad Asif Abdullah selepas ditemui oleh isterinya, Norzaini Zainul Abidin di luar tandas Hentian R&R Rawang, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar yang dilaporkan diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara pada Jumaat lalu, ditemui selamat di Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini hari ini.

Difahamkan, Nayati, 12, dibebaskan oleh penculiknya setelah keluarga kanak-kanak itu membayar wang tebusan berjumlah RM300,000 pada tengah hari semalam.

Kanak-kanak malang itu yang dibebaskan dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan ditemui oleh seorang wanita, Norzaini Zainul Abidin, 31, di luar tandas kawasan rehat itu kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Nayati yang berjaya menghubungi ibunya dengan bantuan Norzaini telah dipertemukan dengan ibu bapanya di hentian itu (arah utara), kira-kira 25 minit kemudian.

Utusan Malaysia difahamkan, Nayati ditemui oleh Norzaini di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah selatan sebelum dibawa ke Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, penculik Nayati telah membebaskan kanak-kanak itu setelah keluarganya membayar wang tebusan, namun beliau tidak menyebut jumlah tebusan itu.

"Beberapa hari lalu, penculik telah menghubungi keluarga Nayati meminta mereka membayar wang tebusan dan permintaan itu dipenuhi semalam. Wang tunai itu diserahkan di sebuah kawasan di Cheras.

"Mangsa yang ditinggalkan bersama telefon bimbit milik penculik telah dipertemukan dengan ibu bapanya di Sungai Buloh pada pukul 7.55 pagi ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Nayati yang berpakaian seragam sekolah dilaporkan hilang dipercayai diculik oleh dua lelaki tempatan ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolahnya.

Bapanya yang bekerja sebagai pengurus konsultan, Sham Moodliar, 41, memaklumkan seorang saksi telah melihat anaknya itu ditarik oleh dua lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta Proton Gen-2 berwarna hitam.

Kehilangan Nayati mendapat liputan luas media massa dan menarik perhatian ramai pihak yang bimbang terhadap keselamatannya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melalui Twitternya menyeru orang ramai membantu mengesan kanak-kanak itu.

Mengulas lanjut kes tersebut, Mohmad berkata, polis setakat ini belum dapat memberkas suspek tetapi usaha mengesan mereka sedang giat dilakukan.

"Pihak polis yang cuba sedaya upaya untuk memburu suspek dan menyelesaikan kes penculikan ini.

"Setakat ini, polis belum mengambil keterangan daripada Nayati kerana kanak-kanak itu masih dalam keadaan trauma," katanya sambil memberitahu Nayati sudah dibawa pulang oleh keluarganya.

Wednesday, 11 April 2012

Kejadian letupan bom di Hatyai: 100 kereta musnah dalam letupan bom

Keadaan kereta dan motosikal yang musnah dalam 
kejadian letupan bom di Hatyai, Sabtu lalu. 

Majoriti kenderaan rosak diletakkan di parkir bawah tanah plaza

HATYAI (Thailand): Kira-kira 100 kenderaan majoritinya kereta musnah terbakar, manakala puluhan yang lain turut rosak di ruang parkir bawah tanah bangunan Lee Garden Plaza, di sini, berikutan kejadian letupan bom yang berlaku Sabtu lalu. 

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang rosak diletakkan di tingkat dua dan tiga ruang bawah tanah bangunan 33 tingkat itu, manakala lebih 500 motosikal yang diletakkan di tingkat satu bawah tanah turut menerima kesan.  

Ia disaksikan sendiri wartawan akhbar ini yang berjaya menyelinap masuk ke ruang terbabit ketika pihak berkuasa terutama polis sibuk memindah keluar kenderaan daripada kawasan itu, terutama motosikal milik pelanggan dan petugas pasar raya yang masih berkeadaan baik.

Berdasarkan tinjauan, kebanyakan motosikal yang diletakkan di ruang bawah tanah bersebelahan laluan masuk ke tempat letak kenderaan di bangunan itu masih berkeadaan baik.


Bagaimanapun, kawasan di sebelah dalam iaitu di bawah ruang pusat beli-belah terutama di aras dua bawah tanah yang menjadi pusat letupan dilihat teruk menerima kesan.


Malah, satu lubang besar bersaiz sebuah kereta turut terbentuk pada lantai ruang B2, yang disahkan polis Thailand sebagai lokasi bom diletakkan di dalam sebuah kereta dipercayai jenis Honda Jazz, meletup Sabtu lalu.

Turut ditemui, bangkai kereta terbabit yang hanya tinggal rangka dan enjin, dilaporkan melayang lebih 30 meter ke ruang letak kereta di tingkat tiga bawah tanah bangunan itu.

Tinjauan di ruang terbabit yang masih diselubungi asap serta bau hangit dengan hanya diterangi beberapa lampu disediakan polis, mendapati tidak kurang 10 kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia masih berada di kawasan bawah tanah terbabit.


Di luar bangunan terbabit pula tidak kurang 200 pemilik motosikal dibawa masuk secara berperingkat ke ruang letak kereta dengan ditemani polis untuk mengesan dan menuntut kenderaan masing-masing yang ditinggalkan selepas kejadian Sabtu lalu.


Semua motosikal terbabit dibawa keluar satu persatu dan dikumpulkan di bahagian tepi sebelah kanan bangunan bersebelahan pusat beli-belah berkenaan, sebelum dituntut pemiliknya bermula jam 12 tengah hari.


Sementara itu, Ketua Polis Pelancong Thailand, Jen (Pol) Worapong Chewprecha, ketika ditemui mengesahkan pihaknya akan mula mengeluarkan sisa akibat kejadian letupan di bawah ruang pusat beli-belah terbabit hari ini.


Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan jaminan sama ada kereta yang terperangkap di ruang bawah tanah itu dapat dikeluarkan hari ini, atau tidak.


Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari Sabtu lalu, seramai tiga mangsa, termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh, manakala 10 lagi cedera.



Tuesday, 10 April 2012

Sejarah Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.


 Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.



 Tarikh Penubuhan Melaka pada tahun 1262

Sunday, 11 March 2012

Sorok mayat bayi dalam baldi empat hari


Gadis mengadu sakit perut sebelum rahsia lahir anak luar nikah tak cukup bulan terbongkar

KUALA NERANG: Disebabkan takut kerana melahirkan bayi luar nikah, seorang gadis berusia 22 tahun dari FELDA Lubuk Merbau di sini, menyorokkan mayat bayi itu dalam baldi di bilik mandi rumahnya selama empat hari, sebelum rahsianya terbongkar pada Khamis lalu. 



Gadis itu dikatakan melahirkan bayi perempuan yang sudah cukup sifat, tetapi tidak cukup bulan itu di rumahnya Isnin lalu tanpa disedari ahli keluarganya sebelum menyorokkan bayi itu di dalam baldi dan ditutup dengan pakaian di dalam bilik air rumah keluarganya.
Sumber berkata, pada mulanya gadis itu mengadu sakit perut pada Khamis lalu, sebelum dibawa keluarganya ke sebuah klinik di tanah rancangan itu untuk mendapatkan rawatan tetapi petugas klinik itu menasihatkan dia dirujuk ke hospital.

Sehubungan itu, keluarga gadis berkenaan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan gadis itu baru melahirkan bayi menyebabkan keluarganya terkejut.

“Berikutan itu, keluarga gadis terbabit membuat laporan polis keesokannya dan polis yang datang ke rumahnya bagi melakukan pemeriksaan menemui mayat bayi terbabit di bilik air rumah keluarganya.

“Siasatan awal mendapati bayi itu baru berusia tujuh bulan dalam kandungan. “Mayat bayi berkenaan dibawa ke HSB untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai kejadian itu dan polis menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, gadis itu sedang menerima rawatan di HSB dan polis menunggu masa sesuai untuk mendapatkan keterangannya.


Isu-isu semasa (Lynas)

Australia eksport sampah ke Malaysia?

YAMATO
Kuala Lumpur

ADA yang menuduh Kilang Lynas mengeskport sampah ke Malaysia melalui pelaburan. Adakah itu benar? Ramai tahu yang Malaysia pengekspot timah yang utama di dunia, tapi tak ramai yang tahu Malaysia juga pengimpot tin yang utama di dunia. Malah ramai juga tidak tahu Australia adalah pengeluar utama tin di dunia. 



Malaysia import tin dari Australia dalam bentuk tin concentrate dan tin slag yang merupakan hasil sampingan kilang lebur timah yang pada satu ketika dulu dianggap sampah (waste). Kalau berdasarkan fakta itu sudah lama Australia mengeksport waste ke Malaysia.

Tetapi apabila nilai tin slag diketahui, ia dianggap pula sebagai treasure. Sejak tahun 1980-an ramai yang mencari gali tantalum di Pulau Pinang. Tantalum adalah nadir bumi. Thorium juga nadir bumi.
Bila LGE tak sokong Lynas kenapa dia juga mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mencari tantalum di Pulau Pinang melalui 'tender terbuka'.

Dulu pakatan pembangkang banyak kali mendesak Kerajaan BN Pulau Pinang untuk memantau tahap radioaktif yang ada kaitan dengan pembuangan sisa tin. Tetapi bila mereka membentuk kerajaan, mereka apa pun tak buat, diam sahaja. 

Apakah ini bermaksud otak mereka pun tukar selepas status sudah tukar. Itulah soalan yang pakatan mesti jawab untuk menunjukkan yang mereka ikhlas dalam kempen himpunan hijau.


Stop Lynas, Save Malaysia


Taj Mahal (Senibina India)

Taj Mahal

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya
.

Pintu Masuk Taj Mahal

Friday, 2 March 2012

Tamadun China

       Tamadun China adalah antara yang terawal wujud di muka bumi dan terletak di Lembah Hwang Ho. Selepas itu meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin.

 
Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Selain itu, Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.




Kedudukan Tembok Besar China


Secara keseluruhannya, kita dapat mengetahui dan mempelajari sumbangan tamadun China yang masih bertahan hingga hari ini. Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina


Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar. Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet. 



                                                   Mercun


                                             

                                                    Kertas Pertama Di Dunia

 
                                        
            
                                                       
                             Kampos Yang Pertama dicipta oleh Penduduk China
 

Di samping itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung).Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya dan menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme.

                                                                Lao Tze