Friday, 2 March 2012

Tamadun China

       Tamadun China adalah antara yang terawal wujud di muka bumi dan terletak di Lembah Hwang Ho. Selepas itu meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin.

 
Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Selain itu, Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.




Kedudukan Tembok Besar China


Secara keseluruhannya, kita dapat mengetahui dan mempelajari sumbangan tamadun China yang masih bertahan hingga hari ini. Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina


Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar. Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet. 



                                                   Mercun


                                             

                                                    Kertas Pertama Di Dunia

 
                                        
            
                                                       
                             Kampos Yang Pertama dicipta oleh Penduduk China
 

Di samping itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung).Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya dan menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme.

                                                                Lao Tze

No comments:

Post a Comment