Keadaan kereta dan motosikal yang musnah dalam
kejadian letupan bom di Hatyai, Sabtu lalu.
Majoriti kenderaan rosak diletakkan di parkir bawah tanah plaza
HATYAI (Thailand): Kira-kira 100 kenderaan majoritinya kereta musnah terbakar, manakala puluhan yang lain turut rosak di ruang parkir bawah tanah bangunan Lee Garden Plaza, di sini, berikutan kejadian letupan bom yang berlaku Sabtu lalu.

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang rosak diletakkan di tingkat dua
dan tiga ruang bawah tanah bangunan 33 tingkat itu, manakala lebih 500
motosikal yang diletakkan di tingkat satu bawah tanah turut menerima
kesan.
Ia disaksikan sendiri wartawan akhbar ini yang berjaya menyelinap masuk
ke ruang terbabit ketika pihak berkuasa terutama polis sibuk memindah
keluar kenderaan daripada kawasan itu, terutama motosikal milik
pelanggan dan petugas pasar raya yang masih berkeadaan baik.
Berdasarkan tinjauan, kebanyakan motosikal yang diletakkan di ruang bawah tanah bersebelahan laluan masuk ke tempat letak kenderaan di bangunan itu masih berkeadaan baik.
Bagaimanapun, kawasan di sebelah dalam iaitu di bawah ruang pusat beli-belah terutama di aras dua bawah tanah yang menjadi pusat letupan dilihat teruk menerima kesan.
Malah, satu lubang besar bersaiz sebuah kereta turut terbentuk pada lantai ruang B2, yang disahkan polis Thailand sebagai lokasi bom diletakkan di dalam sebuah kereta dipercayai jenis Honda Jazz, meletup Sabtu lalu.
Turut ditemui, bangkai kereta terbabit yang hanya tinggal rangka dan enjin, dilaporkan melayang lebih 30 meter ke ruang letak kereta di tingkat tiga bawah tanah bangunan itu.
Tinjauan di ruang terbabit yang masih diselubungi asap serta bau hangit dengan hanya diterangi beberapa lampu disediakan polis, mendapati tidak kurang 10 kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia masih berada di kawasan bawah tanah terbabit.
Di luar bangunan terbabit pula tidak kurang 200 pemilik motosikal dibawa masuk secara berperingkat ke ruang letak kereta dengan ditemani polis untuk mengesan dan menuntut kenderaan masing-masing yang ditinggalkan selepas kejadian Sabtu lalu.
Semua motosikal terbabit dibawa keluar satu persatu dan dikumpulkan di bahagian tepi sebelah kanan bangunan bersebelahan pusat beli-belah berkenaan, sebelum dituntut pemiliknya bermula jam 12 tengah hari.
Sementara itu, Ketua Polis Pelancong Thailand, Jen (Pol) Worapong Chewprecha, ketika ditemui mengesahkan pihaknya akan mula mengeluarkan sisa akibat kejadian letupan di bawah ruang pusat beli-belah terbabit hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan jaminan sama ada kereta yang terperangkap di ruang bawah tanah itu dapat dikeluarkan hari ini, atau tidak.
Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari Sabtu lalu, seramai tiga mangsa, termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh, manakala 10 lagi cedera.

No comments:
Post a Comment