Australia
eksport sampah ke Malaysia?
YAMATO
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
ADA yang menuduh Kilang Lynas
mengeskport sampah ke Malaysia melalui pelaburan. Adakah itu benar? Ramai tahu
yang Malaysia pengekspot timah yang utama di dunia, tapi tak ramai yang tahu
Malaysia juga pengimpot tin yang utama di dunia. Malah ramai juga tidak tahu
Australia adalah pengeluar utama tin di dunia.
Malaysia import tin dari Australia
dalam bentuk tin concentrate dan tin slag yang merupakan hasil sampingan
kilang lebur timah yang pada satu ketika dulu dianggap sampah (waste). Kalau
berdasarkan fakta itu sudah lama Australia mengeksport waste ke
Malaysia.
Tetapi apabila nilai tin slag
diketahui, ia dianggap pula sebagai treasure. Sejak tahun 1980-an ramai
yang mencari gali tantalum di Pulau Pinang. Tantalum adalah nadir bumi. Thorium
juga nadir bumi.
Bila LGE tak sokong Lynas kenapa dia
juga mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mencari tantalum di Pulau Pinang
melalui 'tender terbuka'.
Dulu pakatan pembangkang banyak kali
mendesak Kerajaan BN Pulau Pinang untuk memantau tahap radioaktif yang ada
kaitan dengan pembuangan sisa tin. Tetapi bila mereka membentuk kerajaan,
mereka apa pun tak buat, diam sahaja.
Apakah ini bermaksud otak mereka pun
tukar selepas status sudah tukar. Itulah soalan yang pakatan mesti jawab untuk
menunjukkan yang mereka ikhlas dalam kempen himpunan hijau.
Stop Lynas, Save Malaysia

No comments:
Post a Comment