Gadis mengadu sakit perut sebelum
rahsia lahir anak luar nikah tak cukup bulan terbongkar
KUALA NERANG: Disebabkan takut kerana melahirkan bayi luar nikah, seorang gadis berusia 22 tahun dari FELDA Lubuk Merbau di sini, menyorokkan mayat bayi itu dalam baldi di bilik mandi rumahnya selama empat hari, sebelum rahsianya terbongkar pada Khamis lalu.

Gadis itu dikatakan melahirkan bayi
perempuan yang sudah cukup sifat, tetapi tidak cukup bulan itu di rumahnya
Isnin lalu tanpa disedari ahli keluarganya sebelum menyorokkan bayi itu di
dalam baldi dan ditutup dengan pakaian di dalam bilik air rumah keluarganya.
Sumber
berkata, pada mulanya gadis itu mengadu sakit perut pada Khamis lalu, sebelum
dibawa keluarganya ke sebuah klinik di tanah rancangan itu untuk mendapatkan
rawatan tetapi petugas klinik itu menasihatkan dia dirujuk ke hospital.
Sehubungan itu, keluarga gadis berkenaan membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan gadis itu baru melahirkan bayi menyebabkan keluarganya terkejut.
“Berikutan itu, keluarga gadis terbabit membuat laporan polis keesokannya dan polis yang datang ke rumahnya bagi melakukan pemeriksaan menemui mayat bayi terbabit di bilik air rumah keluarganya.
“Siasatan awal mendapati bayi itu baru berusia tujuh bulan dalam kandungan. “Mayat bayi berkenaan dibawa ke HSB untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai kejadian itu dan polis menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan lanjut.
Katanya, gadis itu sedang menerima rawatan di HSB dan polis menunggu masa sesuai untuk mendapatkan keterangannya.